Khamis, 19 Julai 2012

sistem brek Booster



 FUNGSI BREK BOOSTER (SERVO)

 Brek booster (servo) digunakan sebagai bantuan kepada sistem brek hidrolik. Brek servo digunakan   
 untuk mempertingkatkan daya membrek hasil dari tekanan pedal brek yang sedikit. Keistimewaan brek  
 jenis ini ialah pemandu tidak perlu menekan pedal brek dengan kuat untuk menghasilkan tekanan yang  
        tinggi dalam sistem brek

    . JENIS-JENIS SISTEM BREK BOOSTER (SERVO)

       Terdapat 3 jenis sistem brek booster (servo) yang biasa digunakan iaitu:
i.              Jenis Vacuum
ii.             Jenis tekanan angin
iii.            Jenis Hidraulik



      Jenis vacuum menggunakan vacuum (hampagas) yang diperolehi dari intake manifold (pancarongga    
      masuk) atau menggunakan vacuum pump dan disambung pada brek booster.


         Bagi kenderaan yang menggunakan enjin diesel kebiasaannya ada yang menggunakan pam jenis elektikal atau mekanikal untuk mendapatkan vacuum. Pam vacuum elektrikal dipacu oleh motor elektrik. Gambarajah di bawah menunjukkan sistem yang menggunakan pam vacuum elektrikal. Satu suis terdapat di brek booster untuk memberi isyarat sekiranya tahap vacuum rendah. Jika pam rosak, suis akan menunjukkan isyarat (lampu menyala pada dashboard

 Vacuum yang menggunakan pam jenis mekanikal dikendalikan dengan  menggunakan talisawat. Gambarajah di bawah menunujukan pam vacuum mekanikal beroperasi bilamana enjin beroperasi (hidup).

        Brek booster jenis hidraulik biasanya pada kenderaan kecil seperti lori-lori kecil. Tenaga hidraulik biasanya diperolehi dari power steering pump (rujuk rajah 2-27). Cara lain tenaga  hidraulik diperolehi ialah dengan menggunakan pam motor elektrik hidraulik yang khas untuk brek booster (Rajah 2-28)


 BINAAN BREK BOOSTER VACUUM (Single Diaphragm)

       Ia mengandungi 2 bahagian shell (kelompang) yang diikat bersama pada bahagian luarnya. Bahagian shell hadapan mengandungi vacuum check valve. Vacuum akan  masuk ke brek booster (power head) melalui injap ini. Injap ini bertujuan untuk menyimpan vacuum dalam brek booster (power head). Sekiranya berlaku gangguan pada punca bekalan vacuum, sebagai contoh jika enjin pegun brek masih boleh        berfungsi dalam keadaan yang baik (pedal brek ringan). Brek booster masih lagi boleh  membantu sistem brek membrek 2 hingga 3 kali sehingga vacuum di dalamnya habis. Plate gegendang dipasang bersama valve rod dan control valve. Hydaulic push rod  dan reaction disc dipasang berasingan. Hydraulic push rod digunakan untuk menolak primary piston pada master pump.


PRINSIP ASAS BREK BOOSTER

       Gambarajah di bawah menunjukkan keratan rentas unit brek booster. Gegendang dipasang di sekeliling perumah, Gegendang membahagikan perumah kepada 2 bahagian. Bila pedak brek dilepaskan vacuum akan wujud di kedua-dua bahagian      dalam perumah. Bila pedal brek ditekan, injap udara (air valve) akan terbuka dan  membenarkan udara disekeliling masuk ke bahagian belakang gegendang, menyebabkan vacuum control valve tertutup,dengan itu vacuum dapat dikekalkan dalam  perumah. Udara yang masuk akan menolak gegendang kehadapan manakala vacuum pula akan membantu menarik gegendang ke hadapan. Dengan itu wujud satu daya pergerakan ke depan dan seterusnya menolak piston master cylinder. Perbezaan tekanan yang sedikit sahaja sudah cukup untuk mewujudkan daya pergerakan.


OPERASI BRAKE BOOSTER

Semasa Pedal Brek dilepaskan

        Vacuum dibekalkan dari shell bahagian hadapan melalui check valve. Bila brek dilepaskan, kedudukan control valve akan mengelakkan udara daripada masuk ke shell bahagian belakang. Return spring menyebabkan diaphragm berada di shell bahagian  belakang


Semasa Pedal Brek ditekan       

        Bila pedal brek ditekan, valve rod bergerak ke hadapan. Ini menyebabkan valve rod menutup vacuum dari masuk ke shell bahagian belakang dan dalam masa sama control valve membenarkan udara sekeliling masuk  ke shell bahagian  belakang. Tekanan udara yang masuk tadi akan menolak diaphragm ke hadapan
manakala vacuum yang berada di shell hadapan akan membantu menarik diaphragm ke hadapan juga. Pergerakan diaphragm ke hadapan akan menggerakkan push rod untuk menolak piston di master cylinder. Dengan itu brek akan berfungsi.