
FUNGSI BREK BOOSTER (SERVO)
Brek booster (servo) digunakan sebagai bantuan
kepada sistem brek hidrolik. Brek servo digunakan
untuk mempertingkatkan daya membrek hasil dari
tekanan pedal brek yang sedikit. Keistimewaan brek
jenis ini ialah pemandu tidak perlu menekan
pedal brek dengan kuat untuk menghasilkan tekanan yang
tinggi dalam
sistem brek
. JENIS-JENIS SISTEM
BREK BOOSTER (SERVO)
Terdapat 3 jenis sistem brek booster
(servo) yang biasa digunakan iaitu:
i.
Jenis Vacuum
ii.
Jenis tekanan angin
iii.
Jenis Hidraulik
Jenis vacuum menggunakan vacuum
(hampagas) yang diperolehi dari intake manifold (pancarongga
masuk) atau menggunakan vacuum pump dan disambung pada
brek booster.
Vacuum yang
menggunakan pam jenis mekanikal dikendalikan dengan menggunakan talisawat. Gambarajah di bawah
menunujukan pam vacuum mekanikal beroperasi bilamana enjin beroperasi (hidup).
Brek booster jenis hidraulik biasanya pada kenderaan
kecil seperti lori-lori kecil. Tenaga hidraulik biasanya diperolehi dari power
steering pump (rujuk rajah 2-27). Cara lain tenaga hidraulik diperolehi ialah dengan menggunakan
pam motor elektrik hidraulik yang khas untuk brek booster (Rajah 2-28)
BINAAN BREK BOOSTER VACUUM (Single Diaphragm)
Ia mengandungi 2 bahagian shell (kelompang)
yang diikat bersama pada bahagian luarnya. Bahagian shell hadapan mengandungi
vacuum check valve. Vacuum akan masuk ke
brek booster (power head) melalui injap ini. Injap ini bertujuan untuk
menyimpan vacuum dalam brek booster (power head). Sekiranya berlaku gangguan
pada punca bekalan vacuum, sebagai contoh jika enjin pegun brek masih
boleh berfungsi dalam keadaan yang
baik (pedal brek ringan). Brek booster masih lagi boleh membantu sistem brek membrek 2 hingga 3 kali
sehingga vacuum di dalamnya habis. Plate gegendang dipasang bersama valve rod
dan control valve. Hydaulic push rod dan
reaction disc dipasang berasingan. Hydraulic push rod digunakan untuk menolak
primary piston pada master pump.
PRINSIP ASAS BREK BOOSTER
Gambarajah di bawah menunjukkan keratan rentas unit brek
booster. Gegendang dipasang di sekeliling perumah, Gegendang membahagikan
perumah kepada 2 bahagian. Bila pedak brek dilepaskan vacuum akan wujud di
kedua-dua bahagian dalam perumah.
Bila pedal brek ditekan, injap udara (air valve) akan terbuka dan membenarkan udara disekeliling masuk ke
bahagian belakang gegendang, menyebabkan vacuum control valve tertutup,dengan
itu vacuum dapat dikekalkan dalam
perumah. Udara yang masuk akan menolak gegendang kehadapan manakala
vacuum pula akan membantu menarik gegendang ke hadapan. Dengan itu wujud satu
daya pergerakan ke depan dan seterusnya menolak piston master cylinder.
Perbezaan tekanan yang sedikit sahaja sudah cukup untuk mewujudkan daya
pergerakan.
OPERASI BRAKE BOOSTER
Semasa Pedal Brek dilepaskan
Semasa Pedal Brek
ditekan
Bila pedal brek ditekan,
valve rod bergerak ke hadapan. Ini menyebabkan valve rod menutup vacuum dari
masuk ke shell bahagian belakang dan dalam masa sama control valve membenarkan
udara sekeliling masuk ke shell
bahagian belakang. Tekanan udara yang
masuk tadi akan menolak diaphragm ke hadapan
manakala vacuum yang berada di shell hadapan akan membantu menarik
diaphragm ke hadapan juga. Pergerakan diaphragm ke hadapan akan menggerakkan
push rod untuk menolak piston di master cylinder. Dengan itu brek akan
berfungsi.
Saya nak tahu, jika sekiranya brek booster ada masalah dan selepas itu dibaiki sendiri masalah itu dengan tanpa memvuat gantian, adakah selemat untuk digunaka. Kereta saya jebis e220 w124 mercedes tahun 1994.
BalasPadamupssarikei@gmail.com
Terima kasih.
peliaq hg
BalasPadamNak tanya.. Brek kereta sya bila di tekan sikit dia melekat dengan kuat.. Dan tdak berfungsi dengan betul.. Dan brek selalu jammer.. Piston boot dan boot ring pun dah tukar.. Apa yg patt sya buat lagi ya... Mohon maklum balas nya secepat mkg.. Urgent..
BalasPadamMaster pump sudah tukar tapi hanya break belakang yang berfungsi
BalasPadamKalau brek enjin mati kenapa ye
BalasPadamServo kenderan
BalasPadamDi Mana apa funsinya
BalasPadamsaya dah tukar brake booster baru tapi lepas siap semua pasang. saya tak perasaan brake belakang menyala n bole berlaku pape tak dengan brake booster prius c. sebab saya sudah clear tapi sama jugak likeon tak padam. bole jelas kan takk.
BalasPadam3d Sonic 2 (Duo) and 3D Sonic 2 - TITanium Arts
BalasPadamThis titanium wheels is a new titanium rod in leg concept for a 3D Sonic 2 concept from titanium pots and pans TITanium Arts and ridge wallet titanium published by Sega for microtouch titanium trim walmart the Sega Genesis / Mega Drive. This is a $6.95 · Out of stock